BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

THE ARMY OF IMAM AL MAHDI

Monday, May 16, 2011

PUTRA BANI TAMIM

Bagi mana-mana pemimpin pun, perakuan terhadap dirinya, peribadinya, perjuangannya, jadual-jadual perjalanannya dan kepemimpinannya oleh Orang Allah amatlah penting dan bermakna, kerana dengan semikian, barulah dapat dipisahkan bahawa dia itu adalah orang pilihan Allah untuk zaman ini. Jika tidak ada perakuan yang demikian, maka terbatallah dakwaannya itu dan dia pun tidak layak untuk diikuti oleh umat Islam. Jika diikut pun, tidaklah sampai ketahap menjadi suatu sunnah atau “mazhab” akhir zaman. Bagi Sahibul Zaman yang terakhir ini, perakuan terhadap dirinya datang daripada beberapa banyak sumber. Berikut ini, kami senaraikan secara serba ringkas perakuan-perakuan tersebut, yang sempat kami kutip dan terima.


Jika dikumpulkan semua sekali hadis-hadis mengenai diri beliau, akan terdapat lebih daripada dua puluh buah hadis yang menceritakan mengenai beliau. Sebahagian daripadanya sudah kami sebutkan pada bahagian sebelum. Dan di sini kami ingin memasukkan (sebahagiannya mengulang semula) sebanyak 19 buah hadis sahaja. Dan kami tidak menyertakan sebarang huraian terhadap hadis-hadis yang kami masukkan ini.


1. Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)


2. Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”


3. Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.”


4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.” (Abu Daud & Al-Hakim)


5. Sabda Nabi SAW. “Tiga ratus empat belas orang yang diantaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi”.


6. Sabda Nabi SAW “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.


7. Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW, “Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? “Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…….”


9. Sabda Nabi SAW “Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).”
10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)


11. Sabda Nabi SAWDaripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW “Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.” (Al-Hafiz Abu Naim)


13. Sabda Nabi SAW, “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’I, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW, “Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.” (Abu Nuaim)


15. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya.”


16. Sabda Nabi SAW. “Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.” (Iman Muslim)


17. Sabda Nabi SAW, “Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum.” Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, “apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.” (Ibnu Majah)


18. Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.” (Ibnu Majah)


19. Sabda Nabi SAW, “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.” (At-Tarmizi)


Demikianlah antara beberapa buah hadis yang sudah sedia masyhur di kalangan kita yang menceritakan tentang Pemuda Bani Tamim. Hadis-hadis itu adalah datang dari beberapa tingkatan, ada yang sahih lizatih, ada yang sahih lighairih, ada yang hasan, ada yang dhaif dan ada pula yang dikatakan sebagai maudhuk oleh sebahagian pengkaji hadis. Bagaimana pun, ingin kami jelaskan di sini bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai beliau adalah banyak dan sumber yang pelbagai, itu menjadikan hadis-hadis ini sebagai hadis yang bertaraf mutawatir, ia itu mutawatir maknawi.


Kerana banyak sanad dan banyak matan yang berbeza, di samping banyak rawi yang terlibat dalam periwayatannya, maka kami mengambil kira semua factor ini sebagai alasan utama untuk kami mengistiharkan bahawa PEMUDA BANI TAMIM itu ada, hadis-hadis mengenainya banyak dan pelbagai tingkatan, selain cerita-cerita daripada para ulama sejak zaman-berzaman tentang beliau. Semua ini menjadikan kami bertambah yakin tentang kesahihan berita bahawa beliau akan muncul pada suatu hari nanti, ia itu pada akhir zaman. Dan zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman kita ini.


Bagaimana pun, di sini, kami tidak berhasrat untuk memasukkan sama riwayat-riwayat lain, daripada Sahabat RA dan para tabiin BH mengenai beliau. Kami juga tidak bercadang untuk memasukkan sama riwayat daripada para ulama yang muktabar mengenainya. Cukuplah dengan hanya memasukkan hadis-hadis sahaja. Yang demikin itu sudah memadai bagi orang yang percaya dan yakin dengan hadis-hadis. Begitu juga bagi yang mahu percaya dan mahu pula mengakui akan kelebihan yang ada pada beliau itu. Jika dimasukkan keterangan daripada Sahabat RA dan ulama, hanyalah untuk menambahkan lagi keyakinan sahaja.


Apa yang paling penting bagi kami, mesej yang disampaikan oleh Rasulullah SAW ini sudah amat jelas, ia itu menunjukkan betapa berat perhatian yang diberikan oleh Islam terhadapnya.

0 comments: